Kamera Badan Akan Dipakai oleh Anggota JPJ Ketiga Bertugas, Tingkat Ketelusan Penguatkuasaan

Kamera Badan Akan Dipakai oleh Anggota JPJ Ketiga Bertugas, Tingkat Ketelusan Penguatkuasaan

Bagi meningkatkan ketelusan penguatkuasaan, anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggunakan kamera badan ketika bertugas selepas ini, lapor Astro Awani.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengumumkan inisiatif baru ini untuk mengelakkan anggota JPJ dicemuh oleh masyarakat, di samping mempunyai bukti yang kukuh jika dituduh melanggar peraturan ketika bertugas.

“Ini akan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan, khususnya melibatkan kenderaan berat. Pemakaian kamera badan ini bukan sahaja memastikan imej dan integriti JPJ dijaga, tetapi juga dapat melindungi anggota JPJ. Seperti yang saya katakan, kadang kala anggota JPJ dicemuh, dihina, dituduh macam-macam.

“Jadi, dengan adanya kamera badan ini, anggota JPJ dilindungi kerana apa sahaja bukti semasa mereka menguatkuasakan undang-undang dapat dirakam,” kata Loke.

Inisiatif ini dilakukan susulan permintaan dari Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, untuk melindungi imej, keselamatan dan integriti setiap anggota JPJ yang sedang bertugas.

Oleh yang demikian, beliau telah meminta pengurusan Kementerian Pengangkutan untuk berunding dan berbincang bersama Kementerian Kewangan agar dapat melaksanakan perolehan kamera badan secepat mungkin.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD