NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Seorang Bapa Ditahan Gara-Gara Biarkan Anak Usia 6 Tahun Bergayut di Luar Kenderaan

Seorang Bapa Ditahan Gara-Gara Biarkan Anak Usia 6 Tahun Bergayut di Luar Kenderaan

Seorang bapa telah ditahan kerana hanya membiarkan sahaja anaknya yang berusia 6 tahun bergayut pada pintu kenderaan pacuan empat roda (4×4) yang sedang dipandunya.

Video yang memaparkan aksi tersebut menjadi tular setelah dimuat naik oleh seorang pengguna di aplikasi X dan kemudiannya telah berjaya dikesan oleh pihak polis semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim, video berdurasi 27 saat itu menunjukkan sebuah kenderaan 4×4 berwarna perak dipandu dengan keadaan seorang kanak-kanak bergayut padanya.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai telah mengambil langkah dengan mengesan dan menahan pemandu tersebut,” katanya.

Siasatan awal mendapati pemandu kenderaan 4×4 Nissan Navara tersebut merupakan seorang warganegara asing berusia 38 tahun di kawasan Bandar Baru Nilai. Turut disahkan bahawa kanak-kanak berusia 6 tahun tersebut adalah anaknya, lapor Sinar Harian.

“Difahamkan, perbuatan kanak-kanak tersebut adalah sekadar suka-suka dan menjadi kebiasaannya meminta berdiri di luar kenderaan ketika bapanya memandu,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy