NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Dua Kanak-Kanak Cedera dalam Nahas Kemalangan di Seri Iskandar, Perak

Dua Kanak-Kanak Cedera dalam Nahas Kemalangan di Seri Iskandar, Perak

Dua kanak-kanak cedera dalam nahas kemalangan yang membabitkan dua buah kenderaan jenis Toyota Hilux dan Proton Saga di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Persimpangan Lampu Isyarat RPA Changkat Sodang, Seri Iskandar, semalam.

Berdasarkan keterangan dari pihak Bomba Seri Iskandar di Facebook, panggilan telefon kecemasan diterima sekitar jam 11.13 pagi tentang kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan.

Setibanya di lokasi, tiada mangsa dilaporkan tersepit manakala enam penumpang dilaporkan di dalam Proton Saga dan seorang pemandu di dalam Toyota Hilux.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera di tangan kiri dan kaki kanan serta seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun turut mengalami kecederaan di kaki kanan. Penumpang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pasukan EMRS bersama pihak KKM telah memberikan rawatan awal di lokasi sebelum membawa kedua-dua kanak-kanak tersebut ke Hospital Seri Iskandar untuk rawatan lanjut.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan oleh pihak bomba, kedua-dua kenderaan dilihat mengalami kerosakan yang teruk. Punca kemalangan masih belum diketahui.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy