NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Seorang Wanita Maut, Kereta Bertembung dengan Lori Tentera

Seorang Wanita Maut, Kereta Bertembung dengan Lori Tentera

Seorang wanita maut selepas kenderaan yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori tentera di Kem 96 Pangkalan Peluru, Masjid Tanah, awal pagi tadi.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, DSP Azrul Mohamed, mangsa, Manisya Azlin Ishak, 25, dipercayai hilang kawalan ketika sedang memandu sekitar jam 2 pagi dan telah bertembung dengan lori tentera dari arah bertentangan.

“Akibat perlanggaran tersebut, mangsa yang bekerja sebagai operator pusat panggilan syarikat telekomunikasi itu tersepit di dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Alor Gajah telah bantu mengeluarkan mangsa dan mayatnya telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.

Selain mangsa, pemandu lori tentera turut mengalami kecederaan di bahagian tangan dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut manakala 4 lagi anggota tentera yang lain tidak mengalami kecederaan.

Kenderaan yang terlibat akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan teknikal dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, lapor Astro Awani.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy