NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Detik Cemas Lima Sekeluarga, Kereta Myvi Terbabas dan Terbakar di Lekas

Detik Cemas Lima Sekeluarga, Kereta Myvi Terbabas dan Terbakar di Lekas

Lima sekeluarga, termasuk dua kanak-kanak, melalui detik pengalaman menakutkan selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka terbabas dan terbakar di Kilometer 7.6 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) pada malam Selasa.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 11.30 malam dan segera menghantar pasukan bomba ke lokasi kejadian. Sumber Sinar Harian.

“Sebanyak enam anggota bomba bersama pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih bergegas ke tempat kejadian,” katanya.

Berdasarkan laporan, kereta yang dinaiki lima mangsa terdiri daripada seorang lelaki, dua wanita, dan dua kanak-kanak dipercayai terbabas sebelum berlaku kebakaran. Berita baiknya, kesemua mangsa yang berusia antara 4 hingga 31 tahun, berjaya diselamatkan tanpa sebarang kemalangan serius.

Seorang mangsa dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke ambulans untuk rawatan lanjut. Malangnya, kereta tersebut musnah sepenuhnya dalam kebakaran tersebut. Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    2.5 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD