NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Larangan Pergerakan Kenderaan Berat pada Waktu Puncak Diluaskan di ELITE dan DUKE Mulai 19 Februari

Larangan Pergerakan Kenderaan Berat pada Waktu Puncak Diluaskan di ELITE dan DUKE Mulai 19 Februari

Sebelum ini, larangan pergerakan kenderaan berat pada waktu puncak hanya dilaksanakan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), khususnya di laluan Sungai Buloh-Bukit Lanjan (KM456.0 hingga KM459.3, kedua-dua arah) dan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dari Shah Alam ke Jalan Duta (KM9 hingga KM31, kedua-dua arah).

Terkini, mulai 19 Februari ini, larangan pergerakan kenderaan berat akan diluaskan di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), khususnya dari Shah Alam ke Bandar Saujana Putra (KM1.03 hingga KM16.2, kedua-dua arah) dan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

Larangan ini berkuatkuasa pada jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi dan juga pada 4.30 petang hingga 7.30 petang (waktu puncak). Peraturan ini diluaskan untuk melancarkan lagi aliran trafik yang sedia ada sesak terutamanya di kawasan Lembah Klang.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy