Kerajaan akan melaksanakan diskaun tol sebanyak 50% semasa semua musim perayaan tahun ini, menggantikan inisiatif tol percuma sebelum ini. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan bahawa langkah ini akan membantu mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam membayar pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya.
Sebelum ini, tol diberikan secara percuma selama lapan hari setiap tahun, yang menelan belanja sebanyak RM160 juta kepada kerajaan. Dengan pelaksanaan diskaun 50% ini, kos tersebut akan dikurangkan kepada RM80 juta, lapor Bernama.
Keputusan ini telah diluluskan dalam mesyuarat Kabinet sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2025, di mana diskaun ini akan mula diperkenalkan. Diskaun ini juga akan diteruskan untuk musim perayaan lain, termasuk Aidilfitri.
Nanta menegaskan bahawa kos diskaun tol ini ditanggung oleh kerajaan menggunakan dana awam dan bukannya oleh syarikat konsesi lebuh raya. Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan sebelum ini sedang meneliti pendekatan yang lebih bersasar untuk membantu rakyat sebagai ganti kepada skim tol percuma semasa musim perayaan.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?