NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Bas Awam Buat ‘Stunt’ di Tengah Jalan – Pemandu Dakwa Jalan Licin!

Bas Awam Buat ‘Stunt’ di Tengah Jalan – Pemandu Dakwa Jalan Licin!

Satu kejadian luar biasa berlaku apabila sebuah bas awam secara tidak sengaja melakukan aksi ‘wheelie‘ selepas tersangkut pada kabel elektrik di Persimpangan Maha Sawat, Thonburi, Bangkok.

Menurut laporan The Pattaya News, insiden yang berlaku pada jam 12.20 pagi (waktu tempatan) Selasa lalu menyaksikan bahagian hadapan bas itu terangkat setinggi tiga meter akibat tersangkut pada kabel tersebut.

Pemandu bas, Apinya, 34, berkongsi pengalaman mendebarkan itu, mengatakan dia sedang menuruni Jambatan Krungthep dan membelok ke Jalan Chim Thong sebelum kejadian berlaku. Sumber Sinar Harian.

“Saya rasa jalan licin dan berminyak, tiba-tiba tayar hadapan bas tergelincir dan entah macam mana, cermin sisi tersangkut pada kabel elektrik. Sekali tengok, bahagian depan bas dah terangkat!” katanya.

Mujurlah, kejadian yang dramatik ini tidak melibatkan kecederaan serius atau kemalangan jiwa. Ketika insiden berlaku, terdapat tiga penumpang di dalam bas, tetapi semuanya selamat dan hanya terkejut dengan pengalaman luar biasa itu.

Pihak Berkuasa Elektrik Metropolitan segera menghantar kren bersaiz besar untuk membantu menurunkan bas yang ‘terpacak’ itu dan memastikan kabel elektrik tidak mengalami kerosakan serius.

Netizen yang melihat gambar kejadian di media sosial turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi. Ada yang berseloroh mengatakan bas tersebut mungkin sedang ‘test power’ sebelum menyertai perlumbaan jalanan!

Walaupun kejadian ini mencuit hati, ia juga menjadi peringatan kepada semua pemandu agar lebih berhati-hati, terutama di jalan licin dan kawasan berisiko tinggi.

 

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD