Seorang lelaki yang berniat untuk membantu mangsa kemalangan berakhir dengan tragedi apabila dia maut akibat dilanggar sebuah kereta di KM69.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala ke Kuala Lumpur pada Sabtu lepas, lapor The Star.
Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Zaiham Mohd Kahar, mangsa, Tan Wing Foo yang berusia 47 tahun, meninggal dunia pada pukul 7 malam hari yang sama ketika menerima rawatan di Hospital Bentong. Pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 5.30 petang.
Siasatan awal mendapati sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur telah terbabas dan terjunam ke dalam parit. Beberapa pemandu yang melalui kawasan tersebut berhenti untuk membantu dengan mengawal lalu lintas dan memberikan bantuan kepada mangsa kemalangan. Namun, sebuah lagi kereta hilang kawalan dan melanggar dua individu di lokasi kejadian.
Akibat kemalangan itu, empat mangsa dikejarkan ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan, namun seorang daripada mereka meninggal dunia. Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pihak berkuasa meminta saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan. Supt Zaiham turut menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati ketika membantu mangsa kemalangan dan menghubungi pihak konsesi lebuh raya atau talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?