Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) dijangka mengalami lonjakan kenderaan, dengan perjalanan ke arah timur memuncak dari 27 hingga 30 Mac dan aliran balik ke arah barat dari 4 hingga 6 April.
Dalam tempoh ini, trafik harian KLK dijangka meningkat sebanyak 70%, dari 110,000 kepada 187,000 kenderaan, manakala LPT1 mungkin meningkat 83%, dari 41,000 kepada 75,000 kenderaan sehari.
Bagi menguruskan keadaan ini, AFA PRIME Berhad telah menambah 21% tenaga kerja di bahagian tol dan trafik. Lebih banyak pasukan rondaan, Kenderaan Rondaan Lebuhraya (EMPV), serta pegawai RELA akan ditempatkan di plaza tol, kawasan rehat, dan lokasi sesak.
Pusat Kawalan Trafik (TCC) akan memantau keadaan secara langsung dan mengambil tindakan jika perlu. Selain itu, perkhidmatan trak tunda dan pasukan kecemasan akan bersedia 24 jam di lokasi strategik untuk bantuan segera.
Kemudahan di sepanjang KLK dan LPT1 juga akan dipertingkatkan untuk keselesaan pengguna. Beberapa kawasan rehat akan dilengkapi dengan tandas mudah alih, tempat letak kenderaan tambahan, dan lebih ramai kakitangan pembersihan bagi menampung jumlah pengunjung yang tinggi. Semua stesen minyak di sepanjang lebuh raya akan beroperasi 24 jam sehari.
Selain itu, AFA PRIME Berhad, dengan kerjasama Malaysian Relief Agency (MRA), akan mengagihkan 2,000 pek iftar di Plaza Tol Gombak pada 27 Mac 2025 menerusi program Jom Balik Kampung. Inisiatif ini bertujuan membantu pengguna jalan raya berbuka puasa dalam perjalanan.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?