Sepasang suami isteri maut selepas terlibat dalam kemalangan bersama dengan sebuah lori di Jalan Teloi Timur-Kampung Merbau Kudung, petang semalam.
Mangsa merupakan Lukman Hakim Mohd Shukri, berusia 23 tahun dan isterinya, Intan Suraya Zaidi, 24 tahun.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud, pihak bomba menerima panggilan telefon kecemasan sekitar jam 4 petang.
“Sebaik tiba di lokasi didapati berlaku kemalangan melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dan lori 10 tan.
“Terdapat dua mangsa tersepit di dalam Perodua Myvi. Kedua-dua mangsa dikeluarkan menggunakan peralatan khas,” katanya menurut laporan Kosmo!.
Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Mayat kedua-dua mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?