Hujan lebat yang bermula sekitar jam 2 pagi pada hari ini telah menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di Selangor, lapor The Star.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, kawasan yang terjejas termasuk Shah Alam, Klang, Kampung Sri Aman di Puchong, dan Petaling.
Di Shah Alam, Kampung Padang Jawa mengalami banjir dengan paras air setinggi 0.6 meter pada jam 8 pagi, melibatkan kira-kira 20 rumah.
Di Klang, 10 rumah di Taman Seri Jaya, Kapar turut dilanda banjir, dan lapan orang telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di SK Binjai.
Sementara itu, di Kampung Sri Aman, Puchong, paras air juga naik hingga 0.6 meter tetapi mula surut menjelang jam 8 pagi. Sekitar 30 rumah terkesan, dan 120 penduduk terpaksa berpindah sementara. Setakat jam 8 pagi, belum ada keputusan dibuat sama ada pusat pemindahan akan dibuka di kawasan itu.
Kampung Tengah di daerah Petaling turut dilanda banjir, melibatkan 20 rumah. Enam orang telah dipindahkan ke masjid di Putra Heights untuk sementara waktu.
Dalam kejadian lain, seorang pesakit strok berumur 75 tahun yang terlantar telah diselamatkan oleh pasukan bomba dari rumahnya di Taman Iswara, Sri Muda, Shah Alam selepas rumah itu dinaiki air.
Di Kajang, 12 rumah di Kampung Sungai Merab Luar dinaiki air selepas hujan lebat berterusan. Paras air mencecah 1.2 meter. Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3:34 pagi dan berjaya menyelamatkan 15 mangsa. Paras air di kawasan itu kini sedang surut.
Pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga mengeluarkan amaran kepada pengguna jalan raya mengenai kesesakan lalu lintas di sekitar tol Puchong Barat. Banjir kilat di kawasan berhampiran lebuh raya menyebabkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka di lorong kiri, menghalang beberapa lorong.
Keadaan ini menyebabkan kesesakan dari Puchong Selatan dan Puchong Jaya menuju ke USJ. Pemandu dinasihatkan agar menjaga jarak selamat antara kenderaan.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?