NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Polis Giat Mencari Dalang Utama Pencuri Kabel ERL KLIA Ekspres

Polis Giat Mencari Dalang Utama Pencuri Kabel ERL KLIA Ekspres

Polis masih lagi sedang mengesan dua suspek yang disyaki merupakan dalang utama dalam kes kecurian kabel Express Rail Link (ERL) KLIA Ekspres dan KLIA Transit di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi dan Dengkil baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, siasatan mendapati 3 individu yang ditahan minggu lalu dipercayai menerima arahan daripada 2 suspek terbabit.

“Sekarang masih ada dua suspek yang bebas, lokasi mereka sudah dikenal pasti dan siasatan masih dijalankan. Berdasarkan siasatan, dua suspek yang masih bebas itu dipercayai perancang utama atau ‘mastermind’ kejadian ini.

“Tiga suspek yang ditahan masih belum didakwa, mereka akan dituduh sebaik saja siasatan selesai dan keadaan tertentu dipenuhi,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Siasatan penuh sedang dijalankan untuk mengesan suspek dalam kes ini yang telah menyebabkan gangguan perkhidmatan selama beberapa jam baru-baru ini.

Motif suspek mencuri kabel terbabit dipercayai untuk menjual bagi mendapatkan wang berikutan dengan nilai kabel tersebut yang tinggi.

“Dua daripada suspek (yang ditahan) disahkan terbabit secara langsung dalam kejadian atas arahan suspek utama manakala seorang lagi hanya bertugas memandu kenderaan yang digunakan dalam kes ini.

“Motif utama kecurian adalah untuk penjualan, barang yang dicuri adalah kabel bernilai tinggi dianggarkan sepanjang kira-kira 100 meter,” katanya.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy