Malam yang sepatutnya berakhir seperti biasa bertukar tragis buat seorang remaja apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda awal pagi Jumaat.
Dalam kejadian sekitar 1.20 pagi di Jalan Kampung Atas Tol, mangsa, Farid Rizuan Mohamad Hanapiah, 16 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas bertembung dengan sebuah Ford Everest dipandu oleh seorang pesara guru berusia 71 tahun.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Surau Haji Daud selepas melawat kenalan di Kampung Pengadang Baru.
“Setibanya di lokasi, pemandu Ford Everest dari arah Kampung Kedai Buluh dipercayai sedang membelok masuk ke simpang menuju rumahnya di Kg Atas Tol, sebelum berlanggar dengan motosikal mangsa,” katanya.
Tambah beliau, pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber : Sinar Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?