passionately driven

Persiapan Projek ECRL Capai 81.07 Peratus Setakat Mac

Persiapan Projek ECRL Capai 81.07 Peratus Setakat Mac

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2026. Sehingga bulan lepas, kemajuan keseluruhan projek dari Kota Bharu ke Selangor telah mencapai 81.07 peratus.

Kemajuan kerja di Terengganu kini berada pada tahap 90 peratus, manakala Pahang mencatatkan 86 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd, Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, kerajaan negeri Kelantan memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran pelaksanaan projek, terutama dalam menyelesaikan isu pengambilan tanah.

Menurut laporan Bernama, laluan sepanjang 43 kilometer di Kelantan kini siap 88.86 peratus. Ujian dan proses pentauliahan dijangka bermula pada Jun 2026.

Kerja pemasangan landasan juga berjalan dengan baik di Kelantan, Terengganu, dan sebahagian Pahang, melibatkan laluan sepanjang 400 kilometer dari Tunjong (Kota Bharu) ke Maran (Pahang).

Beliau turut memaklumkan bahawa dua stesen ECRL di Kelantan iaitu di Tunjong dan Pasir Puteh menunjukkan perkembangan positif dengan pembinaan masing-masing mencapai 69 dan 68 peratus. Kedua-dua stesen dijangka siap pada Mei tahun depan.

Tambah beliau lagi, kebanyakan isu yang dibangkitkan oleh penduduk, termasuk kejadian banjir kilat di Pasir Puteh, telah ditangani melalui sesi libat urus bersama Pejabat Tanah dan Daerah, pihak berkuasa tempatan serta kerajaan negeri sejak tahun lepas.

Beliau menegaskan bahawa pihaknya komited untuk menyelesaikan setiap isu agar projek ini dapat memberi manfaat kepada rakyat dan siap mengikut jadual.

Projek ECRL sepanjang 665 kilometer ini menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang ke negeri Selangor di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Laluan dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak dijangka siap mengikut jadual pada Disember 2026 dan mula beroperasi pada Januari 2027.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD