NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Polis Kenal Pasti Pemandu Kes Langgar Lari Libatkan Pelajar Sekolah

Polis Kenal Pasti Pemandu Kes Langgar Lari Libatkan Pelajar Sekolah

Polis sedang berusaha mengesan pemandu sebuah kereta yang terlibat dalam kes langgar lari melibatkan seorang penunggang motosikal dan adiknya berusia lapan tahun di kawasan Bukit Katil.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Christopher Patit memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku sekitar jam 1.30 petang, ketika seorang remaja perempuan berumur 17 tahun sedang menunggang motosikal selepas menjemput adiknya dari Sekolah Kebangsaan Demang Hussin di Bukit Katil, menuju ke Duyong.

“Ketika kejadian, mangsa dipercayai berada di lorong kiri sebelum sebuah kereta  yang nombor pendaftarannya belum dikenal pasti melanggar mereka dari arah belakang sebelah tepi, menyebabkan kedua-duanya terjatuh,” jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kejadian dipercayai berlaku sejurus mereka melepasi kawasan sekolah yang ketika itu sesak dengan kenderaan ibu bapa yang datang mengambil anak masing-masing.

Christopher turut memaklumkan bahawa mangsa mengalami luka ringan dan lebam di bahagian tangan serta kaki, manakala adiknya mengalami kecederaan di dahi kanan yang berlubang, luka kecil di wajah serta bengkak di bahagian mata.

Kedua-dua beradik itu telah menerima rawatan di Hospital Melaka.

Sumber: Astro Awani

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy