NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Tersilap Tekan Pedal Minyak, Kenderaan Terbabas ke Medan Selera

Tersilap Tekan Pedal Minyak, Kenderaan Terbabas ke Medan Selera

“Kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan, namun hanya menyebabkan kerosakan pada kenderaan serta beberapa peralatan di kawasan medan selera.”

Sebuah Toyota Fortuner yang dipandu seorang lelaki telah terbabas ke kawasan Laman Selera Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Jalan Kerja Air Lama, Ampang, dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 4.15 petang, Khamis lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, insiden tersebut dipercayai berpunca daripada kesilapan pemandu yang tersalah menekan pedal minyak ketika cuba memasuki petak parkir khas untuk Orang Kurang Upaya (OKU) di lokasi tersebut.

“Semasa proses parkir, pemandu secara tidak sengaja menekan pedal minyak, menyebabkan kenderaan hilang kawalan lalu merempuh kawasan medan selera,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

Walau bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut. Kemalangan itu hanya mengakibatkan kerosakan pada kenderaan dan beberapa kemudahan di kawasan medan selera berkenaan.

Kes kini disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Sumber: Astro Awani

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy