Prestasi jualan bulan April telah diumumkan oleh Proton dengan penjualannya mencapai 12,692 unit kenderaan (domestik & eksport) dan masih berjaya mengukuhkan kedudukan mereka di tempat kedua bagi jualan kenderaan di Malaysia.
Sedikit menurun berbanding dengan jumlah jualan pada Mac iaitu sebanyak 13,918 unit. Namun, jualan keseluruhan bagi empat bulan pertama tahun ini telah merekodkan sebanyak 47,760 unit berjaya dijual oleh Proton. Dengan angka ini, Proton menjangkakan pegangan pasaran mereka kini berada pada sekitar 20.8%.
Proton Saga masih lagi mengekalkan kedudukannya sebagai model paling laris di dalam Proton dengan jumlah jualannya pada April mencapai 5,213 unit.
Proton X50 2024 juga menunjukkan jumlah jualan yang kukuh dengan jumlah jualannya sebanyak 2,389 unit pada April. Ini menjadikan X50 sebagai SUV segmen-B paling laris di Malaysia dan sudah mencecah sebanyak 7,506 unit.
Proton S70 juga menunjukkan prestasi yang hebat dan mengagumkan di mana sebanyak 1,716 unit berjaya dijual pada April. Ini menjadikan jumlah kumulatif tahunannya mencapai 6,181 unit dan sekaligus mengungguli dalam model sedan segmen-C.
Ia seterusnya disambung oleh Proton Persona dengan jumlah jualannya sebanyak 1,328 unit, Proton X70 sebanyak 835 unit, Proton Iriz sebanyak 290 unit dan Proton X90 sebanyak 194 unit pada April 2025.
Dalam segmen jualan kenderaan elektrik (EV), Proton e.MAS7 terus menjadi peneraju berbanding semua model EV lain. Sebanyak 863 unit (domestik dan eksport) Proton e.MAS7 terjual pada bulan April, meningkatkan jumlah kumulatif YTD suku pertama 2025 kepada 2,716 unit.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?