Istana Negara Terima 34 Motosikal BMW Baharu Untuk Tugas Pengiring

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menyaksikan Majlis Penyerahan sebanyak 34 buah unit motosikal baharu berkuasa besar iaitu BMW R1250 RT dan BMW R1300 GS kepada pihak Istana Negara oleh syarikat pembekal Ammo Defence Solutions Sdn Bhd (AMMO), menerusi wakil syarikat bagi menggantikan motosikal lama.

Menurut Pengarah JSPT, CP Dato’ Sri Mohd Yusri bin Haji Hassan Basri, kesemua motosikal tersebut akan digunakan untuk tugasan mengiring dan mengawal lalu lintas khusus untuk kegunaan pihak Istana Negara.

“Motosikal ini dapat membantu kelancaran penugasan mengiring dan pengiring keselamatan Istana Negara,” ujar beliau dalam majlis penyerahan motosikal tersebut di Blok Pentadbiran, Istana Negara.

Turut hadir, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wira Zailani Hashim, Datuk Paduka Maharaja Lela, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Siasatan/Sumber) JSPT, ACP Fauzi Osman, Ketua JSPT Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa dan Pengerusi Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif AMMO, Roslan bin Abu Bakar.

 

Kredit : Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD