4 Cedera Dalam Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan Awal Pagi Tadi

4 Cedera Dalam Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan Awal Pagi Tadi

Empat orang penumpang sebuah Nissan Grand Livina cedera selepas kenderaan yang dinaiki terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Lebuhraya Persekutuan berhampiran persimpangan Templer, awal pagi tadi.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.35 pagi sebelum tiba di lokasi lima minit kemudian.

Seramai 11 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya dikerahkan ke tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah kenderaan dengan empat penumpang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 20-an.

“Salah seorang wanita mengalami kecederaan ringan, manakala tiga lagi mangsa cedera parah. Dua daripada mereka dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), manakala dua lagi diserahkan kepada pegawai Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – New Straits Times

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD