NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

PLUS Jangka Trafik Cecah 2.2 Juta Kenderaan Sehari Sempena Cuti Sekolah & Hari Malaysia

PLUS Jangka Trafik Cecah 2.2 Juta Kenderaan Sehari Sempena Cuti Sekolah & Hari Malaysia

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan aliran trafik di rangkaian lebuh rayanya akan meningkat sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada hari-hari puncak iaitu 12, 13, 19 dan 20 September, bersempena cuti sekolah dan sambutan Hari Malaysia.

Dalam kenyataan hari ini, PLUS menasihatkan pengguna Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) supaya merancang perjalanan lebih awal dengan merujuk jadual perjalanan digital, MyPLUS-TTA, menerusi aplikasi PLUS.

Menurut syarikat itu, aplikasi MyPLUS-TTA kini dipertingkat dengan akses pada hari-hari puncak tertentu, bertujuan membantu pengguna lebuh raya merancang perjalanan dengan lebih cekap di luar musim perayaan.

“Langkah ini dapat memastikan aliran trafik lebih lancar serta pengalaman perjalanan yang lebih selesa,” jelas kenyataan itu.

PLUS turut mengingatkan orang ramai untuk memuat turun atau mengemas kini aplikasi PLUS bagi memudahkan perancangan perjalanan, selain memastikan baki mencukupi dalam kad Touch ‘n Go atau eWallet sebelum memulakan perjalanan.

“Kami mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia ke-62 dan semoga semua rakyat Malaysia selamat bercuti,” tambah kenyataan tersebut.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD