Sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya yang tragik di Kilometer 15, Jalan Sungai Manik, Teluk Intan, Perak, sekitar jam 9 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin mengesahkan bahawa semua mangsa yang terkorban adalah anggota FRU. Beliau berkata kesemua mangsa telah dibawa ke hospital, dengan lima dirawat di Zon Merah dan empat di Zon Kuning. Malangnya, seorang lagi mangsa di Zon Merah meninggal dunia kemudian, menjadikan jumlah korban meningkat kepada sembilan orang. Dua mangsa masih berada di Zon Merah, manakala tujuh lagi di Zon Kuning.
Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan telah ditahan, dan polis sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Dr Bakri juga memaklumkan siasatan teknikal sedang dijalankan, dan setakat ini tujuh ujian air kencing yang dilakukan ke atas individu terlibat menunjukkan keputusan negatif, lapor theVibes.
Prosedur bedah siasat bermula pada jam 2.30 petang dan dijangka selesai sebelum jam 8 malam. Semua jenazah mangsa akan disembahyangkan di surau Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak sebelum dibawa pulang ke Unit 5 FRU untuk penghormatan terakhir.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.51 pagi dan melibatkan sebuah lori FRU yang membawa 18 anggota serta sebuah lori pasir yang dipercayai mengalami masalah stereng.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin mengesahkan bahawa lori FRU tersebut sedang dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai bertugas sempena sambutan perayaan Chitrapournami di Teluk Intan. Lori pasir itu dipercayai hilang kawalan akibat masalah stereng dan melanggar lori FRU dari arah hadapan.
Beliau turut memaklumkan bahawa lapan anggota FRU dan pemandu lori pasir meninggal dunia di tempat kejadian. Enam lagi mengalami kecederaan parah, manakala empat cedera ringan. Semua mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan. Polis Perak turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
Kemudian disahkan bahawa pemandu lori treler yang terlibat dalam nahas itu turut meninggal dunia ketika menerima rawatan, menjadikan jumlah korban meningkat kepada sepuluh orang.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?