NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Polis cari saksi tambahan kemalangan motosikal berkuasa tinggi libatkan pasangan suami isteri

Polis cari saksi tambahan kemalangan motosikal berkuasa tinggi libatkan pasangan suami isteri

Kemalangan dipercayai berlaku apabila suspek cuba memotong motosikal lain, tetapi gagal mengelak dan merempuh motosikal mangsa dari sisi kanan.

Polis sedang mengesan saksi tambahan bagi membantu siasatan kemalangan melibatkan pasangan suami isteri yang menunggang motosikal berkuasa tinggi, dirempuh sebuah kereta berhampiran Plaza Tol Duta pada Sabtu lalu.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata siasatan masih berjalan dan reman pemandu disambung sehari lagi. Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya esok.

Pasangan mangsa kini dirawat di Hospital Sungai Buloh akibat kecederaan serius termasuk patah tulang dan pendarahan otak. Kemalangan berlaku apabila suspek cuba memotong motosikal lain dan gagal mengelak motosikal mangsa.

Kes disiasat bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang awam yang ada maklumat diminta hubungi Insp Muhammad Farhad di 011-31903054 atau balai polis terdekat.

Sumber: Astro Awani

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy