NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Ahli Parlimen Langkawi Cedera Dalam Kemalangan Jalan Raya

Ahli Parlimen Langkawi Cedera Dalam Kemalangan Jalan Raya

Sebuah motosikal yang membuat pusingan U secara mengejut dipercayai menjadi punca kereta Mohd Suhaimi terbabas.

Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, Ahli Parlimen Langkawi, cedera ringan selepas kereta yang dipandunya terbabas ke dalam tebing tali air di Jalan Sungai Dedap-Yan, pagi Isnin.

Beliau ketika itu dalam perjalanan bersama isteri ke Sungai Limau untuk menziarahi rakan yang meninggal dunia. Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah motosikal membuat pusingan U secara mengejut, menyebabkan beliau terpaksa mengelak dan terbabas.

Mohd Suhaimi hanya mengalami luka di bahagian bibir manakala isterinya tidak cedera. Mereka dibantu oleh orang awam dan beliau telah mendapatkan rawatan X-ray di Hospital Yan akibat sakit di pinggang.

Sumber: Astro Awani

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy