Seorang lelaki dikecam ramai selepas tindakannya meletakkan kerusi di sebuah petak parkir awam di Pantai Purnama menjadi tular di media sosial.
⠀
Kejadian yang berlaku pada hari Ahad kira-kira jam 6.44 petang itu dirakam oleh seorang pengunjung yang kecewa kerana tidak dapat meletakkan kenderaan selepas berpusing beberapa kali mencari parkir.
Menurut pengguna media sosial @PrinceFirdaus, petak tersebut telah “ditahan” oleh sebuah keluarga yang memberi alasan kereta mereka diletakkan agak jauh dan mereka mahu memudahkan proses memindahkan barang.
Perlu diketahui, tindakan meletakkan halangan seperti kerusi, batu atau pasu bunga untuk menempah petak parkir adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kesalahan pertama boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.
Jika diulang, boleh dikenakan denda sehingga RM4,000 atau penjara maksimum 12 bulan.
Pihak berkuasa turut mengambil maklum isu ini. Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J Arul Kumar, berkata beliau telah mengarahkan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) untuk mengambil tindakan.“Menahan tempat parkir awam tidak dibenarkan. Semua orang berhak guna petak tersebut secara adil. Saya sudah arahkan MPPD untuk pantau dan ambil tindakan sewajarnya,” katanya.
Insiden ini menjadi peringatan penting kepada orang ramai agar menghormati hak pengguna lain dan tidak melakukan perbuatan yang boleh menyusahkan orang lain, terutamanya di tempat awam yang sesak.
SUMBER : SinarHarian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?