NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Ujian Pertama Kereta Terbang Singapura Berjaya Dilaksanakan

Ujian Pertama Kereta Terbang Singapura Berjaya Dilaksanakan

Crimson S8, atau lebih popular dengan gelaran “kereta terbang”, merupakan kenderaan udara peribadi hasil rekaan dan pembangunan penuh oleh NEO Aeronautics di Singapura.

Syarikat teknologi penerbangan, NEO Aeronautics, telah berjaya menyempurnakan ujian penerbangan dalam ruang tertutup bagi kenderaan udara peribadi pertama di Singapura, Crimson S8, pada 13 Mei lalu bertempat di 222 Tagore Lane.

Crimson S8, yang turut dikenali sebagai ‘kereta terbang’, merupakan hasil ciptaan dan pembangunan sepenuhnya di Singapura. Ia dibangunkan mengikut garis panduan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat yang membolehkan operasi tanpa memerlukan lesen juruterbang.

Selepas kejayaan ujian dalaman ini, ujian penerbangan di ruang udara terbuka pula dijadualkan berlangsung di Pendleton UAS Range, Oregon, Amerika Syarikat.

NEO Aeronautics turut merancang untuk memperkenalkan Kelab Crimson di beberapa lokasi strategik di Amerika Syarikat seperti destinasi pelancongan, taman tema dan kawasan berhampiran stesen kereta kabel.

Sumber: Berita Harian SINGAPURA

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy