Menurut Fahmi, Kerajaan menginginkan dua siasatan berasingan daripada Kementerian Pengangkutan dan PDRM bagi memastikan proses yang telus dan teliti.
Kementerian Pengangkutan diberi masa sebulan untuk menyiapkan laporan siasatan berhubung kemalangan di Teluk Intan yang mengorbankan sembilan anggota FRU.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata mesyuarat Jemaah Menteri hari ini memutuskan laporan itu perlu disiapkan dan dibentangkan semula kepada Kabinet sebelum tindakan lanjut diambil.
Menurutnya, satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat aspek bukan jenayah dibawah kementerian pengangkutan, manakala siasatan berasingan turut dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan ketelusan.
Kemalangan berlaku jam 8.50 pagi semalam melibatkan trak FRU yang membawa 18 anggota dan sebuah lori bermuatan batu. Mereka dalam perjalanan pulang selepas bertugas sempena perayaan Chitrapournami. Nahas itu mengorbankan sembilan anggota, dua cedera parah dan tujuh lagi cedera ringan.
Sumber: Astro Awani
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
5 Kereta Bawah RM100k Yang Paling Sedap Dibawa “Road Trip” Jauh