Susulan dengan pengumuman penutupan operasi syarikat e-hailing InDrive dan Maxim kerana didakwa beroperasi tanpa kelulusan yang sah, Maxim Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi.
Menurut laporan Paultan, Maxim menyatakan bahawa pihaknya sedang berbincang dengan pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu ini secepat mungkin sambil menjaga kepercayaan dan reputasi yang telah dibina.
Syarikat itu mahu menjelaskan keadaan kepada pengguna, rakan kongsi, vendor dan pihak lain yang bekerjasama dengan Maxim Malaysia. Mereka juga mengesahkan bahawa perkhidmatan Maxim masih berjalan di seluruh negara.
Menurut Maxim, mereka memiliki lesen perantaraan dan menawarkan platform khas yang menghubungkan pemandu, penyedia perkhidmatan, dan pengguna.
Syarikat itu juga memaklumkan bahawa semua pemandu rakan niaga mereka diperiksa dengan teliti oleh pegawai dalaman bagi memastikan mereka mempunyai dokumen yang lengkap seperti yang ditetapkan oleh APAD dan Kementerian Pengangkutan untuk perkhidmatan e-hailing.
Media sebelum ini melaporkan bahawa Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, telah mengarahkan InDrive dan Maxim menghentikan operasi mereka di Malaysia bermula 24 Julai. Kedua-dua syarikat boleh membuat rayuan, tetapi keputusan akhir masih terletak padanya.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
5 Kereta Bawah RM100k Yang Paling Sedap Dibawa “Road Trip” Jauh