NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Wanita Maut Digilis Lori Simen Ketika Berhenti di Lampu Isyarat, Dipercayai Alami Masalah Brek

Wanita Maut Digilis Lori Simen Ketika Berhenti di Lampu Isyarat, Dipercayai Alami Masalah Brek

Seorang wanita maut digilis sebuah lori simen ketika sedang berhenti di lampu isyarat di Lebuh SPA berhampiran persimpangan pusat pelupusan sampah Sungai Udang petang semalam.

Mangsa merupakan seorang anggota Jabatan Penjara Malaysia Sungai Udang, Sarjan Amal Nurlidar Ghazali, 42, disahkan maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan seperti muka dan kaki selepas tersepit di bawah lori.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, siasatan mendapati bahawa kemalangan berpunca dari kegagalan brek dari lori simen terbabit.

“Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Ego Solariz sedang berhenti di lampu isyarat. Sebuah lori simen dipandu lelaki berusia 49 tahun datang dari arah sama dan dipercayai mengalami masalah brek.

“Lori itu cuba mengelak ke bahu jalan namun tetap merempuh motosikal mangsa lalu menggilisnya,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Mayat mangsa yang tersepit di bawah lori telah berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dari balai bomba dan Penyelamat Masjid Tanah dan telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kenderaan lori simen terlibat telah ditahan untuk pemeriksaan teknikal di Puspakom. Saringan air kencing terhadap pemandu mendapati keputusan negatif dadah.

“Suspek akan direman hari ini di Mahkamah Majistret Ayer Keroh bagi membantu siasatan lanjut,” katanya lagi.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy