MG S5 Dilancarkan di Malaysia – 2 Pilihan Bateri, Jarak Gerak 430 km, Harga Bermula RM116k

MG Motor Malaysia telah melancarkan secara rasmi MG S5, sebuah SUV elektrik, ke dalam pasaran Malaysia. 3 varian bakal ditawarkan untuk pasaran Malaysia iaitu Com, Com Long dan Lux Long. Harga akan dijual bermula RM115,900 untuk varian Com, RM125,900 untuk varian Com Long dan RM135,900.

Model ini berukuran 4,476 mm panjang, 1,849 mm lebar, 1,621 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,730 mm. Ia memiliki ruang penyimpanan barangan di belakang berkapasiti 453 liter dan meningkat hingga 1,441 liter sekiranya tempat duduk barisan kedua dibaringkan.

Varian Com hadir dengan dua pilihan bateri iaitu 49kWh yang boleh mencapai jarak sehingga 340 km dan 62kWh yang boleh mencapai jarak sehingga 430 km (WLTP). Varian Lux pula hanya hadir dengan bateri 62kWh dan juga memberikan jarak 430km.

Kedua-dua varian mempunyai pacuan roda belakang dengan 170 PS dan 250 Nm tork, serta menyokong pengecasan AC 7 kW. Varian LUX turut menyokong pengecasan pantas DC 150 kW yang boleh mengecas dari 10% ke 80% dalam hanya 26 minit.

Ia juga dilengkapi ciri-ciri mewah seperti rim aloi 18 inci, bumbung suria panorama, tempat duduk pemandu boleh laras elektrik, stereng kulit berhaba, pengecas tanpa wayar, enam pembesar suara premium, pintu but elektrik, dan kamera pandangan 360 darjah.

Kedua-dua varian hadir dengan lampu hadapan LED bertema “Racing Flag” dan lampu belakang ikonik MG berbentuk Arch. Ciri-ciri lain termasuk fungsi Vehicle-to-Load (V2L), Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, skrin infotainmen 12.8 inci dengan arahan suara, paparan digital 10.25 inci, dan sistem sambungan pintar iSMART daripada MG.

Model ini bakal ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Arctic WhiteMonument SilverCamden GreyDynamic Red, dan Elegant Latte. Bahagian dalamnya menampilkan tempat duduk gabungan kulit dan fabrik berwarna gelap.

Istimewa untuk 500 pembeli pertama, RM6,000 diskaun dan pengecas rumah Wallbox AC 7kW percuma akan diberikan. Jaminan 7 tahun/150,000 km untuk kenderaan, 8 tahun/180,000 km untuk pek bateri serta 8 tahun/160,000 km untuk pacuan motor dan unit kawalan motor akan diberikan secara terus untuk pemilik MG S5.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD