Baru-baru ini, tersebar khabar angin yang menyatakan bahawa Hozon Auto, syarikat induk jenama Neta, telah muflis dan Neta Auto Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi dan menolak keras khabar angin tersebut.
“Kami ingin menjelaskan bahawa dakwaan ini tidak benar. Salah seorang pemiutang, YuXing Advertising, telah memfailkan permohonan muflis di mahkamah kerana isu hutang dengan Hozon Auto,” kata kenyataan tersebut.
“Ini adalah prosedur biasa dalam menangani pertikaian hutang. Hozon Auto dengan tegas menafikan bahawa mereka muflis dan sedang mengambil langkah sewajarnya untuk mempertahankan kedudukan mereka.”
Operasi mereka juga masih berjalan seperti biasa dan tidak terjejas. Semua aktiviti perniagaan termasuk jualan, penghantaran kenderaan, dan perkhidmatan selepas jualan, terutamanya bekalan alat ganti masih berjalan tanpa gangguan.
Walau bagaimanapun, ia tidak menolak berita pada November 2024, mereka telah memotong gaji pekerja dan melepaskan sebahagian dari pekerja mereka disebabkan prestasi jualan mereka yang semakin merosot, lapor CarNewsChina.
Menurut laporan Paultan, syarikat tersebut juga dilaporkan telah mencapai perjanjian pertukaran hutang kepada ekuiti dengan 134 pembekalnya pada bulan lepas, walaupun jelas masih ada pemiutang yang tidak yakin. Terdapat juga spekulasi bahawa Toyota akan mengambil alih syarikat itu, namun Toyota telah menafikan dakwaan tersebut.
Namun, Neta Malaysia tetap yakin dengan masa depan dan kualiti jenama Neta, dan percaya bahawa Hozon Auto mampu mengatasi cabaran yang dihadapi.
“Kami akan terus bekerjasama rapat dengan syarikat induk dan rakan niaga kami untuk memastikan kelangsungan perniagaan dan keyakinan pelanggan,” kata kenyataan Neta Malaysia.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?