Carsome, rakan automotif rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), telah menyerahkan 15 kenderaan yang dihias dengan rekaan khas untuk membantu keperluan operasi dan logistik FAM.
Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Kumpulan Carsome, Eric Cheng, berkata bahawa kenderaan tersebut termasuk model Proton X90, Proton X70, Mazda CX-5, Nissan Serena, BMW 3 Series, Volvo XC40, Mercedes-Benz GLC dan Toyota Alphard yang keseluruhannya bernilai lebih RM2 juta.

Menurut laporan FMT, kenderaan ini akan digunakan oleh pasukan bola sepak kebangsaan lelaki dan wanita serta pengurusan FAM.
Cheng menjelaskan bahawa kerjasama ini, termasuk melalui Akademi Carsome, bertujuan menyokong pembangunan peribadi dan kerjaya pemain dan kakitangan untuk jangka masa panjang.
“Penyerahan kenderaan ini adalah satu langkah penting dalam sokongan kami terhadap FAM, menyediakan mobiliti dan bantuan yang diperlukan oleh pasukan kebangsaan sepanjang musim bola sepak. Kami juga ingin bantu pemain bersedia untuk kehidupan selepas bersara dari bola sepak,” katanya semasa majlis penyerahan.
Turut hadir ialah Presiden FAM Joehari Ayub, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Jefri Ngadirin, dan lagenda bola sepak negara Zainal Abidin Hassan.
Cheng turut menyatakan bahawa platform e-dagang automotif itu sedang membuka peluang pendidikan dan kerjaya dalam industri automotif, yang menyumbang RM82 bilion kepada KPDNKK negara dan menyediakan lebih 700,000 pekerjaan di seluruh Malaysia.
“Kami bekerjasama dengan FAM untuk menentukan kursus dan sokongan yang diperlukan, dengan harapan usaha ini dapat membuka laluan kerjaya yang bermakna untuk komuniti bola sepak,” katanya lagi.
Dalam kenyataan berasingan, Joehari menyuarakan harapan agar kerjasama dua tahun antara FAM dan Carsome akan memberi kejayaan lebih besar kepada pasukan kebangsaan.
Beliau berkata kerjasama rasmi ini bermula pada 25 Mac, iaitu hari yang sama pasukan kebangsaan menewaskan Nepal dalam perlawanan pertama kelayakan Piala Asia 2027 di Johor.
“Ini permulaan yang baik, dan saya percaya kerjasama ini akan terus membawa kejayaan kepada bola sepak Malaysia pada masa akan datang,” katanya.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?