NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Mangsa Jalan Berlubang Menang Wang Pampasan Sebanyak RM721,000

Mangsa Jalan Berlubang Menang Wang Pampasan Sebanyak RM721,000

Khas buat pengguna lebuh raya di Johor yang terlibat dalam kemalangan akibat keadaan jalan raya yang teruk, anda boleh membuat tuntutan pampasan kepada pihak berwajib.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, bukti dan maklumat yang jelas perlu dilampirkan untuk membuat tuntutan pampasan terbabit.

Beliau berkongsi bahawa seorang pengguna jalan raya telah mendapat wang pampasan sebanyak RM721,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

“Sekiranya berlaku kemalangan, atau kerosakan kenderaan disebabkan kerosakan jalan raya, pengguna boleh buat tuntutan kepada pihak konsesi yang bertanggungjawab menyelia laluan tersebut.

“Kaedahnya adalah dengan mengambil gambar kemalangan atau kerosakan kenderaan, gambar kerosakan jalan raya, sertakan butiran lokasi, waktu, laporan polis serta resit-resit berkaitan kejadian tersebut.

“Surat rasmi kemudian boleh dibuat dan disampaikan kepada pihak terlibat seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Kerja Raya (JKR) atau Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM),” katanya menurut laporan Kosmo!.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Pandak Ahmad (BN-Kota Iskandar) berhubung kualiti tampalan atau turapan jalan di Johor.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy