Tesla Lancar Stesen Pengecasan Supercharging V4 di i-City, Shah Alam

Tesla Lancar Stesen Pengecasan Supercharging V4 di i-City, Shah Alam

Tesla telah mengumumkan pembukaan stesen Supercharging V4 baharu mereka yang bertempat di i-City Finance Avenue, Shah Alam. Sebanyak 4 unit Supercharger V4 telah disediakan untuk semua pemilik Tesla yang perlu ke mall untuk berjalan-jalan atau membeli-belah.

Memanfaatkan kecekapan pengecasan tertinggi 250 kW, Tesla Model 3 dan Tesla Model Y boleh mengecas semula untuk jarak 282 km hanya dalam masa 15 minit, kali ini dengan kabel yang lebih panjang untuk memudahkan pemilik semasa proses pengecasan.

Dengan kadar harga sebanyak RM1.19/kWh, pengecasan Tesla kini menjadi salah satu cara pembayaran yang paling efisien di pasaran. Setakat hari ini, terdapat 15 stesen Supercharging dan 15 stesen Destination Charging di Malaysia yang menawarkan sejumlah 68 Supercharging dan 70 Destination Charging di bandar-bandar utama di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut bagi stesen Supercharging baharu mereka di i-City Finance Avenue, sila rujuk jadual di bawah:

Selain itu, Tesla Malaysia telah mula menghantar Model Y baharu pada Mei 2025, menyebabkan peningkatan ketara sebanyak 403% dalam pendaftaran berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Tesla Malaysia turut melancarkan Program EV Switcher yang menggalakkan pemilik kenderaan berkuasa petrol atau diesel bertukar kepada kenderaan elektrik Tesla. Program ini menawarkan tambahan RM15,000 untuk tukar beli kenderaan serta pembiayaan dengan kadar faedah rendah dan insentif bernilai sehingga RM43,000.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD