NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Pemandu Langgar Dua Remaja Hingga Maut Direman Seminggu

Pemandu Langgar Dua Remaja Hingga Maut Direman Seminggu

Seorang pemandu kereta yang dipercayai terlibat dalam nahas maut sehingga meragut nyawa dua remaja perempuan di persimpangan lampu isyarat Jalan Tengku Ismail, direman selama tujuh hari. Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mazlan Hassan, memaklumkan bahawa lelaki berusia 38 tahun yang berasal dari Kepong, Kuala Lumpur itu mula ditahan hari ini hingga 18 Jun bagi membantu siasatan.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, menurut ACP Mazlan Hassan.

Sebelum ini, Mazlan memaklumkan bahawa pihak polis menemui beberapa peket plastik mengandungi bahan disyaki dadah jenis syabu dan heroin dalam kenderaan suspek, dengan nilai anggaran melebihi RM6,000.

Dalam insiden yang berlaku sekitar jam 11 malam, dua remaja perempuan iaitu penunggang motosikal, Nur Irdina Shaffiya Muhammad Nazri dan pemboncengnya, Aneez Irdiena Sofya Khairul Azman  kedua-duanya berusia 18 tahun  disahkan maut di lokasi selepas dipercayai dirempuh sebuah Perodua Bezza ketika berhenti di lampu isyarat merah.

Sumber: Astro Awani

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy