NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

12 Individu Terselamat, Bas 2 Tingkat Langgar Lori di Lebuhraya PLUS

12 Individu Terselamat, Bas 2 Tingkat Langgar Lori di Lebuhraya PLUS

Sebuah lagi nahas kemalangan yang membabitkan kenderaan berat di mana sebuah bas dua tingkat dipercayai terlanggar belakang sebuah lori tunda di Kilometer (km) 311.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat Tapah, awal pagi tadi.

Seramai 12 individu dilaporkan terselamat manakala seorang pemandu telah tersepit.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pihak bomba menerima panggilan telefon kecemasan pada jam 1.28 pagi.

Seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah telah bergerak ke lokasi kemalangan yang terletak 15 km dari balai.

“Setibanya jentera di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah bas dua tingkat yang melanggar belakang sebuah lori tunda, mengakibatkan pemandu bas berumur 29 tahun tersepit,” katanya menurut laporan Astro Awani.

Seorang pembantu pemandu bersama 9 penumpang bas terselamat dan tidak mengalami kecederaan. Pemandu dan kelindan lori tunda juga tidak mengalami kecederaan dan terselamat, katanya.

“Ketua operasi melakukan size-up dan mengaplikasikan konsep SAVER, seterusnya mengarahkan anggota melakukan kerja-kerja penyelamatan mangsa menggunakan peralatan khas ‘power rescue unit’ bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit,” ujarnya.

Pemandu bas berjaya dikeluarkan dan mengalami kecederaan pada bahagian kaki sebelah kanan. Mangsa seterusnya diserahkan pada pihak perubatan untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat pada jam 2.23 pagi.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    2.5 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD