NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Setel dan TNG Digital Bekerjasama, Bayar Minyak Guna e-Wallet TNG di Stesen Petronas

Setel dan TNG Digital Bekerjasama, Bayar Minyak Guna e-Wallet TNG di Stesen Petronas

Setel Ventures Sdn Bhd telah bekerjasama dengan TNG Digital Sdn Bhd bagi membolehkan rakyat Malaysia membuat bayaran minyak menggunakan e-Wallet TNG di lebih 1,000 stesen Petronas di seluruh negara.

Usahasama ini bertujuan untuk menggabungkan pembayaran minyak, ganjaran dan program kesetiaan ke dalam satu pengalaman digital untuk pemandu di Malaysia.

Dengan integrasi ini, pengguna boleh membuat bayaran minyak secara terus melalui program mini ‘Petronas via Setel‘ dalam aplikasi e-Wallet TNG, tanpa perlu keluar dari kenderaan atau memuat turun aplikasi lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Abdullah Ayman Awaluddin berkata, kerjasama ini adalah sebahagian daripada usaha Setel untuk mengembangkan platformnya melalui integrasi dalam ekosistem digital yang memberi manfaat sebenar kepada pengguna.

Beliau menjelaskan bahawa dengan menyatukan Setel dalam e-Wallet TNG, mereka dapat mencapai lebih ramai pengguna dan terus menumpukan kepada matlamat untuk menyediakan pengalaman digital yang lancar dan mudah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital, Alan Ni berkata, kerjasama ini bukan sahaja mempercepatkan proses pembayaran, malah memudahkan pengguna mengakses perkhidmatan Petronas di seluruh negara.

Bagi menggalakkan penggunaan, 50,000 transaksi pertama yang layak melalui program mini e-Wallet TNG akan menerima ganjaran mata Mesra bernilai RM5. Tawaran ini terpakai untuk pengguna baharu Setel atau Mesra, serta pengguna sedia ada yang memautkan nombor IC mereka ke Setel buat kali pertama. Pengguna juga akan memperoleh mata GOrewards untuk setiap transaksi melalui program mini tersebut.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD