Seorang lelaki berusia 50 tahun ditahan polis selepas tindakannya bertindak luar kawalan dengan melanggar sebuah Perodua Axia sebanyak tiga kali berturut-turut, gara-gara tidak puas hati kereta di depannya bergerak perlahan di Jalan Tun Razak, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat memaklumkan, kejadian berlaku sekitar jam 3.10 petang apabila mangsa, seorang lelaki berusia 63 tahun, memperlahankan keretanya kerana terlepas simpang. Namun, pemandu Toyota Hilux di belakang bertindak agresif dengan memotong dan memberhentikan kenderaan secara mengejut, mencetuskan pertengkaran mulut.
Pertelingkahan itu kemudiannya bertukar menjadi insiden ganas apabila suspek sengaja melanggar kereta mangsa tiga kali berturut-turut, menyebabkan kerosakan dianggarkan sebanyak RM15,300.
Rakaman video insiden berdurasi 19 saat yang menunjukkan tindakan gila suspek – mengundur dan melanggar Axia beberapa kali sebelum memecut laju – turut tular di media sosial, mencetuskan kemarahan netizen.
Hasil siasatan, suspek didapati mempunyai tujuh rekod jenayah lampau, namun tiada rekod dikehendaki. Ujian air kencing juga menunjukkan dia bebas daripada pengaruh dadah.
Suspek kini dalam tahanan dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 24 Jun untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas perbuatan khianat, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Turut disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
SUMBER : BeritaHarian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?