NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

KTMB Shuttle Tebrau Bakal Tamat Operasi, RTS Link Bakal Beroperasi Sepenuhnya

KTMB Shuttle Tebrau Bakal Tamat Operasi, RTS Link Bakal Beroperasi Sepenuhnya

Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Shuttle Tebrau yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura bakal ditamatkan pada tahun 2027.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, susulan dengan pengoperasian penuh Rapid Transit System Link (RTS Link), perkhidmatan KTMB Shuttle Tebrau akan ditamatkan.

Mula beroperasi pada 1 Julai 2015, KTMB Shuttle Tebrau merupakan salah satu mod pengangkutan yang membawa penumpang ulang-alik dari Johor Bahru ke Singapura, kata beliau.

“Dengan trek sepanjang 1.1 kilometer, perkhidmatan ini mampu membawa 8,635 penumpang sehari dengan kekerapan 31 trip bagi kedua-dua hala.

“Namun begitu, perkhidmatan ini akan ditamatkan dalam tempoh 6 bulan selepas RTS Link mula beroperasi pada 1 Januari 2027,” katanya menurut laporan Kosmo!.

Walau bagaimanapun, set keretapi KTMB Shuttle Tebrau ini masih akan digunakan untuk menambah kekerapan perjalanan dari JB Sentral ke Stesen Kempas.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy