NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Pemandu Honda Stream Maut, Langgar Sebuah Lori dan Rempuh Trak Pikap

Pemandu Honda Stream Maut, Langgar Sebuah Lori dan Rempuh Trak Pikap

Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 60 Jalan Johor Bahru–Mersing malam tadi, lapor Bernama.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, berkata kejadian itu melibatkan sebuah Honda Stream, lori Hino, dan Toyota Hilux. Pihaknya menerima maklumat tentang kejadian itu sekitar jam 11.55 malam.

Siasatan awal mendapati Honda Stream yang dalam perjalanan dari Mersing ke Kota Tinggi dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke arah bertentangan dan melanggar lori sebelum merempuh Toyota Hilux yang berada di belakang lori tersebut.

Pemandu Honda Stream berusia 34 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala penumpangnya hanya mengalami kecederaan ringan. Pemandu Toyota Hilux pula cedera parah di bahagian kepala dan sedang dirawat di Hospital Kota Tinggi. Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes ini masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD