Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan bahawa hujan yang kerap dan kenderaan berat yang membawa muatan berlebihan merupakan dua punca utama kerosakan jalan di negara ini, lapor Bernama.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata kos untuk membaiki semua jalan yang rosak dianggarkan sebanyak RM4 bilion, namun kementerian hanya menerima hampir RM2 bilion disebabkan kekangan kewangan kerajaan.
Beliau berkata kementeriannya sentiasa berharap mendapat peruntukan tambahan setiap tahun untuk membaiki jalan-jalan yang rosak, terutamanya jalan lama yang perlu diturap semula. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bachok.
Sebelum ini, kementerian pernah mencadangkan agar kutipan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti cukai jalan dan saman laju disalurkan kepada KKR untuk digunakan bagi pembaikan jalan, namun cadangan itu tidak mendapat maklum balas.
Beliau turut menyatakan bahawa sekiranya terdapat cadangan cukai tambahan terhadap kenderaan berat, kutipan itu sepatutnya disalurkan kepada Kementerian Kewangan atau Kementerian Pengangkutan.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?