NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Penutupan Jalan Berperingkat di Lembah Klang Sempena ASEAN 2025 – 8 hingga 11 Julai

Penutupan Jalan Berperingkat di Lembah Klang Sempena ASEAN 2025 – 8 hingga 11 Julai

Laluan trafik di beberapa lebuh raya dan jalan utama di Lembah Klang akan dialihkan secara berperingkat dari 8 hingga 11 Julai sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 dan mesyuarat berkaitan yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Yusri Hassan Basri berkata, laluan yang terlibat termasuk jalan masuk dan keluar dari ibu kota, serta laluan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan hotel penginapan delegasi.

Orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan pengangkutan awam untuk memudahkan urusan sepanjang tempoh acara ini. Kenderaan berat dan komersial pula diminta untuk tidak memasuki pusat bandar semasa waktu puncak bagi mengelakkan kesesakan dan risiko kerosakan kenderaan.

Menurut laporan Bernama, penutupan jalan akan berlaku pada tarikh dan masa tertentu antara 7 hingga 11 Julai, melibatkan beberapa jalan utama seperti Lebuh KLIA, Lebuhraya Elite, Lebuhraya MEX, Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang serta beberapa persimpangan di sekitar KLCC.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy