NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Tular Video Tiga Lelaki Curi Kabel di Dengkil, Kini Diburu Pihak Polis

Tular Video Tiga Lelaki Curi Kabel di Dengkil, Kini Diburu Pihak Polis

Pihak polis kini sedang mengesan tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian kabel, susulan tularnya satu rakaman video mengenai kejadian itu di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan daripada pihak Telekom Malaysia (TM) sekitar jam 6.55 petang selepas video berdurasi 56 saat itu mula tersebar di Facebook sejak tengah hari.

“Dalam rakaman berkenaan, kelihatan tiga lelaki menaiki sebuah kereta Proton Perdana berwarna hitam sedang menarik kabel di kawasan sebuah taman perumahan di Dengkil,” katanya.

Siasatan awal mendapati nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan suspek adalah palsu. Kabel yang dicuri merupakan kabel jenis cooper 100 pair overhead sepanjang 200 meter, dengan jumlah kerugian dianggarkan sekitar RM10,000, lapor Kosmo!.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor B. Sathiyan di talian 013-2060771 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di 03-87774222.

Terdahulu, video menunjukkan tiga lelaki melarikan diri selepas menyedari perbuatan mereka meragut kabel dirakam di sebuah lorong taman perumahan di Dengkil.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy