NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Tular Proton Wira Himpit & Langgar Penunggang Motosikal di Klang, Pemandu Kini Diburu Polis

Tular Proton Wira Himpit & Langgar Penunggang Motosikal di Klang, Pemandu Kini Diburu Polis

Seorang pemandu Proton Wira berjaya dikesan selepas tindakannya menyebabkan kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal dan kemudian melarikan diri tular di media sosial.

Insiden tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 7.30 malam kelmarin di Batu 5, Jalan Kapar. Kejadian itu dirakam oleh kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan lain yang berada di lokasi semasa insiden berlaku.

Video berdurasi satu minit 32 saat itu tular di TikTok dan turut memaparkan nombor plat kenderaan yang terlibat.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao memaklumkan siasatan awal mendapati kereta tersebut telah menghimpit dan melanggar sebuah motosikal yang ditunggang oleh mangsa berusia 22 tahun di lorong kanan jalan tersebut.

“Selepas kemalangan berlaku, pemandu kereta terbabit terus melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya.

Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Khairul Hisyam di talian 019-6816734 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD