Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah menjenamakan semula sistem tiket digitalnya, KITS, kepada KITS Style SuperApp bagi mewujudkan sistem pengangkutan yang lebih cekap, selamat, mampan dan berdaya saing, serta dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menjelaskan bahawa KITS Style bukan sekadar platform pembelian tiket, tetapi ia kini berfungsi sebagai aplikasi Mobiliti sebagai Perkhidmatan (Mobility-as-a-Service/MaaS) yang menggabungkan keperluan pengangkutan dan gaya hidup dalam satu ekosistem digital yang moden dan interaktif.
Melalui KITS Style, pengguna boleh membeli tiket ETS, KTM Komuter dan Shuttle Tebrau, menempah penerbangan dan hotel, membayar bil utiliti, memperbaharui insurans kenderaan, memindahkan wang, membeli-belah dalam talian serta merancang perjalanan dengan bantuan KITS AI Journey Planner.

Sistem KITS pada asalnya diperkenalkan pada 17 Ogos 2020, dan kini telah dipertingkatkan melalui kerjasama strategik antara KTMB dan ManagePay Systems Berhad (MPay). Aplikasi ini dibangunkan tanpa sebarang kos kepada KTMB atau dana kerajaan.
Loke menyifatkan ini sebagai contoh baik bagaimana agensi kerajaan boleh bekerjasama dengan sektor swasta dalam melaksanakan projek digital berskala besar yang memberi manfaat kepada rakyat.
Beliau turut mengumumkan bahawa KTMB dengan kerjasama Mastercard dan MPay akan melancarkan Kad Prabayar KITS Style Mastercard — kad transit terbuka pertama di Malaysia dan ASEAN yang dikeluarkan oleh pengendali kereta api.
Versi maya kad ini sudah boleh diakses melalui aplikasi KITS Style, manakala versi fizikalnya akan diperkenalkan pada bulan September. Kad ini akan memudahkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam di Malaysia dan juga di seluruh rantau ASEAN dengan lebih selamat dan mudah.
Muat Turun Aplikasi
Pengguna boleh memuat turun aplikasi KITS Style secara percuma di App Store (iOS) atau Google Play (Android).
Daftar Akaun Pengguna
Setelah dipasang, pengguna hanya perlu mendaftar akaun menggunakan nombor telefon atau e-mel untuk mengakses semua ciri yang ditawarkan.
Gunakan Ciri Perjalanan Pintar
Melalui fungsi ‘Journey Planner’, pengguna boleh merancang perjalanan mereka menggunakan sistem rel secara efisien dengan maklumat waktu ketibaan tren secara langsung (real-time), stesen terdekat, serta jangkaan masa perjalanan.
Nikmati Faedah Gaya Hidup
KITS Style turut menawarkan pelbagai promosi, diskaun eksklusif, ganjaran mata kesetiaan, dan akses kepada kedai atas talian serta servis digital lain yang berkaitan dengan gaya hidup harian.
Bayaran Tanpa Tunai
Pengguna boleh membuat pembayaran untuk tambang, pembelian dalam aplikasi atau perkhidmatan lain menggunakan e-wallet yang telah diintegrasikan dalam sistem KITS Style.
Pengalaman Digital All-in-One
Semuanya tersedia dalam satu platform: maklumat rel, perancangan perjalanan, pembelian digital dan promosi eksklusif.
Menjimatkan Masa dan Kos
Dengan maklumat perjalanan secara langsung dan fungsi navigasi pintar, pengguna boleh merancang laluan terbaik dan paling efisien.
Ganjaran & Mata Kesetiaan
Setiap transaksi melalui aplikasi akan membolehkan pengguna mengumpul mata yang boleh ditebus untuk pelbagai faedah dan hadiah.
Promosi Menarik
KITS Style bekerjasama dengan pelbagai rakan niaga untuk menawarkan promosi istimewa termasuk makanan, minuman, fesyen dan produk gaya hidup.
Sokongan Tempatan, Teknologi Canggih
Sebagai aplikasi yang dibangunkan oleh pengendali rel Malaysia, KITS Style memahami keperluan penumpang tempatan dan sentiasa dikemas kini selaras dengan teknologi semasa.
“KITS Style membuktikan pengangkutan rel juga boleh mendepani revolusi digital. Ini bukan saja pencapaian KTMB, tapi satu langkah ke hadapan untuk ekosistem pengangkutan awam negara,” kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ketika merasmikan majlis pelancaran.
Pelancaran ini juga selari dengan aspirasi negara di bawah inisiatif MyDigital dan Pelan Ekonomi Digital Negara. Beliau berharap KITS Style mampu berkembang sebagai aplikasi super yang bukan sahaja untuk mobiliti dan gaya hidup malah boleh digunakan untuk membayar saman JPJ secara terus pada masa akan datang.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?