NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Penunggang Motosikal Maut dalam Nahas Kemalangan 3 Buah Motosikal di Port Dickson

Penunggang Motosikal Maut dalam Nahas Kemalangan 3 Buah Motosikal di Port Dickson

Seorang pemuda berusia 22 tahun maut dalam satu kemalangan membabitkan tiga motosikal di Kilometer 29, Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, kejadian berlaku sekitar jam 2.40 pagi dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati motosikal ketiga yang ditunggang mangsa dipercayai melanggar bahagian belakang motosikal pertama, menyebabkan kedua-dua motosikal itu hilang kawalan dan terjatuh ke atas jalan.

Tidak lama selepas itu, motosikal kedua yang ditunggang lelaki berusia 24 tahun pula melanggar penunggang motosikal pertama yang telah jatuh di hadapannya.

Sumber : Kosmo!

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy