NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Bas Persiaran Rentung Terbakar di Lebuhraya MEX

Bas Persiaran Rentung Terbakar di Lebuhraya MEX

Sebuah bas persiaran terbakar dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 20.2 Lebuhraya Maju Expressway (MEX) menghala ke Kuala Lumpur, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seri Kembangan, hari ini.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Seri Kembangan dihantar ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.14 pagi.

Komander operasi memaklumkan bahawa bas tersebut hampir musnah sepenuhnya dengan anggaran kerosakan sebanyak 90 peratus. Bagaimanapun, tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebelum ini memaklumkan bahawa kejadian tersebut menghalang laluan kiri dan menyebabkan trafik menjadi perlahan.

Sumber : Kosmo!

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy