Malaysia dijangka mula menggunakan sistem kutipan tol tanpa palang atau Multi-Lane Free Flow (MLFF) seawal tahun 2027, menurut Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Azman Ibrahim.
Dalam prosiding bersama Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 20 Mei, beliau menjelaskan bahawa pelaksanaan sistem MLFF masih menunggu kelulusan Jemaah Menteri.
Tanpa kelulusan rasmi, kerajaan tidak boleh memulakan perbincangan dengan syarikat konsesi lebuh raya. Beliau berkata draf garis panduan sistem itu sudah disediakan, tetapi sebarang langkah awal tanpa keputusan kabinet boleh menyebabkan risiko undang-undang.
Azman berkata jangkaan tahun 2027 mengambil kira beberapa proses penting seperti libat urus dengan pihak berkepentingan, proses request-for-proposal (RFP) daripada konsesi, serta penubuhan badan kawal selia bagi mengawasi pelaksanaan sistem ini.
Beliau turut menegaskan bahawa sistem MLFF ini perlu dikendalikan sepenuhnya oleh pihak konsesi tanpa pembiayaan kerajaan, dan ia tidak boleh menyebabkan kenaikan kadar tol.
Menurut Azman lagi, walaupun undang-undang asas bagi pelaksanaan MLFF sudah wujud, beberapa peraturan tambahan perlu digubal untuk membolehkan penguatkuasaan dan pemantauan yang sewajarnya.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?