Chery Malaysia Rai Unit Pertama Tiggo Cross yang Dipasang Secara Tempatan di Kilang Inokom

Hanya beberapa minggu selepas pelancarannya pada 9 Julai lalu, Chery Tiggo Cross telah pun mula dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Inokom milik Sime Motors di Kulim, Kedah. Merupakan SUV mampu milik paling kecil dari Chery, Tiggo Cross ini hadir dalam versi Hybrid dan Turbo pada harga bermula dari RM88,800 sehingga RM98,800.

Naib Presiden Chery Malaysia, Michael Chew berkata, model ini menggabungkan kualiti bertaraf global dengan elemen tempatan, hasil kerjasama strategik dan pengeluaran tempatan.

Pengarah Urusan Inokom, Sui Keng Huat turut mengucapkan terima kasih kepada Chery atas kepercayaan yang diberikan dan menegaskan komitmen mereka untuk mengekalkan kualiti serta penghantaran terbaik dengan sokongan tenaga kerja tempatan yang mahir.

Dengan dua pilihan enjin, — 1.5L Turbo dan 1.5L Hybrid CSH. Varian hybrid menggunakan sistem Super Hybrid Chery yang bijak bertukar antara kuasa elektrik dan petrol untuk prestasi yang lancar ketika pemanduan bandar serta penjimatan tenaga yang lebih baik.

Sistem ini menggabungkan teknologi Plug-in Hybrid (PHEV) dan Hybrid Electric (HEV), memberikan prestasi hebat, jarak perjalanan jauh, kecekapan bahan api tinggi dan kuasa elektrik yang mantap. Dengan tangki penuh dan bateri yang dicas sepenuhnya, ia mampu bergerak sehingga 1,000 km.

Chew menambah bahawa pemasangan model ini di Malaysia menunjukkan komitmen jangka panjang Chery terhadap pasaran tempatan dan menyokong usaha mereka untuk menawarkan kenderaan yang lebih mampu milik.

Tiggo Cross juga merupakan model utama global Chery yang telah mengukuhkan nama syarikat di peringkat antarabangsa. Pada Mac 2025, Chery mencatat kejayaan besar apabila berjaya mengeksport unit ke sejuta dari Pelabuhan Dalian, China.

Varian Turbo ditawarkan dalam warna Carbon Black, Phantom Grey, Khaki White dan Blood Stone Red, manakala varian Hybrid CSH hadir dalam Carbon Black, Phantom Grey, Khaki White dan Moonlight Silver. Istimewa untuk 2,000 pelanggan pertama, pakej servis percuma (termasuk kod buruh dan alat ganti) selama dua tahun akan diberikan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD