Kelulusan Nombor Pendaftaran Khas untuk NGO, Syarikat dan Individu Dihentikan – MOT

Kelulusan Nombor Pendaftaran Khas untuk NGO, Syarikat dan Individu Dihentikan – MOT

Kementerian Pengangkutan kini tidak lagi membenarkan pengeluaran atau penjualan nombor pendaftaran khas (NPK) yang memberi manfaat kepada mana-mana syarikat, individu, atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO), lapor Berita Harian.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, keputusan ini adalah berdasarkan ketetapan Jemaah Menteri pada 17 Ogos 2022, dan dasar itu masih dikekalkan. Larangan ini termasuk untuk sebarang tujuan komersial atau menjana keuntungan pihak tertentu.

Beliau menjawab pertanyaan Rushdan Rusmi (PN–Padang Besar) dalam sidang Dewan Rakyat berkenaan garis panduan dan kriteria kelulusan siri plat NPK, sama ada yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan, NGO atau pihak swasta.

Mengulas hasil kutipan nombor pendaftaran istimewa (NPI), Hasbi memaklumkan bahawa sebanyak RM110 juta telah dikutip sejak sistem itu diperkenalkan pada tahun 2023. Semua hasil kutipan bidaan nombor NPI melalui platform JPJeBid akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan dan digunakan sebahagiannya untuk program yang memberi manfaat kepada rakyat.

Menjawab soalan tambahan daripada Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN–Tampin) mengenai isu-isu berkaitan sistem JPJeBid, Hasbi mengakui terdapat beberapa masalah teknikal sebelum ini seperti isu log masuk dan gangguan ketika bidaan akhir. Namun katanya, kebanyakan masalah itu kini telah berjaya diselesaikan, walaupun masih terdapat sedikit gangguan teknikal yang berlaku sesekali.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD